Bismillah, Alhamdulillah, Wassolaatu Wassalaamu 'ala Rasulillah.
Firman Allah s.w.t :
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Surah asy-Syams 7-10)
Rasulullah s.a.w telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah HATI.
Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.
Petikan : SOLUSI Isu 4 - Jagalah Hati (Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)
p/s : SOLUSI Isu 4 telah diulang cetak, boleh dapatkannya sebelum kehabisan stok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan