Buku-Buku Stormreaders

Selasa, 5 Oktober 2010

Bacalah

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolaatu Wassalaamu 'ala Rasulillah.

Bacalah....kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu. Ilmu itu pula imam kepada segala amalan. Dan amalan itu akan membawa kepada takwa. ...

Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca. Dan dari
pada sedikit yang membaca itu pula, sedikit sahaja yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahaminya, sedikit pula yang menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasai, lebih sedikit yang mengamalkannya.....

Bahan bacaan bagaikan makanan kepada akal. Jika kita mengambil makanan yang berzat dan seimbang, badan kita akan sihat. Begitu jugalah jika bahan bacaan kita baik maka akan meningkat dan sihatlah fikiran. Sebaliknya jika bahan bacaan buruk dan kotor, maka fikiran kita akan turut kotor dan diracuni.

Rujukan : SOLUSI isu 18 - Di Sebalik Iqra'

Bacalah dengan nama TUHAN-mu yang menciptakan......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan